Menurut penerbit Munafik 2, Datuk Yusof Haslam perkara seperti ini jarang sangat berlaku. Menerusi laporan Harian Metro, Munafik 2 telah berjaya mengutip kutipan sebanyak RM2.05 juta pada hari tayangan awal yang berlangsung semalam.

Filem yang sedang panas ketika ini, Hantu Kak Limah pula hanya mengutip RM650,000 pada hari tayangan awal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Benda sebegini jarang berlaku. Paling tidak pun, untuk tayangan awal sebegini, selalunya hanya boleh mengutip sebanyak RM500,000 ke RM600,000. Alhamdulillah, kerana secara tak langsung, ramai peminat filem kembali ke pawagam untuk menonton filem sekaligus memberi sokongan kepada filem tempatan,” katanya kepada Harian Metro.

Trailer hebat filem ini juga sedikit sebanyak membuat penonton tidak sabar untuk menantikan filem ini keluar di pawagam.

Filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM17 juta dengan kos sebanyak RM1.6 juta. Adakah Munafik 2 mampu untuk mengejar kutipan Hantu Kak Limah yang sudah mencecah RM32.5 juta? Sama-sama kita nantikan.

Sumber