Mulai hari ini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan tiada lagi kutipan tol di Jajaran Kuala Lumpur-Seremban Expressway dan Salak Expressway di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

LLM menerusi dalam satu kenyataan hari ini berkata, dengan penutupan konsesi jajaran berkenaan, kesemua bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi akan dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (di antara RM 0.40 hingga RM1.70).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dengan penutupan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari. Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja,” kata kenyataan berkenaan.

Kepada pengguna ingin mengetahui berapa kadaran kutipan tol yang baharu anda boleh melayari menerusi laman web di www.plus.com.my atau muat turun aplikasi PLUS Mobile App.