Kemudahan i-Sayang bakal dilancarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada suku pertama 2022, lapor BERNAMA. Bagi meningkatan kesejahteraan rakyat Malaysia, Pengerusi Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kemudahan ini membolehkan isteri menerima 2.0 peratus pemindahan caruman secara sukarela daripada akaun suami.

Selain daripada itu, KWSP juga akan melancarkan kemudahan dana persaraan iaitu i-Lindung yang membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

“Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh memaksa majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 seperti yang dilaporkan BERNAMA.

Ini cara bersihkan akaun KWSP anda daripada riba. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

2 Kaedah Bersihkan Akaun KWSP Anda Daripada Riba

KWSP Umum Dividen 5.45% Bagi Simpanan Konvensional, Agihan Terendah Sejak 2008

KWSP Beli 13.2 Juta Saham Top Glove