Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam laman web mereka mengumumkan bahawa pilihan simpanan persaraan baru Simpanan Shariah yang akan dilancarkan pada 2017, akan dibuka kepada ahli untuk pendaftaran pada Isnin, 8 Ogos 2016.

Dalam taklimat itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata Simpanan Shariah merupakan pilihan simpanan baru untuk ahli KWSP yang ingin menukar simpanan KWSP konvensional mereka kepada simpanan yang diurus dan dilabur berdasarkan prinsip Syariah. Simpanan Shariah adalah terbuka untuk semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Datuk Shahril berkata KWSP telah memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM100 bilion, iaitu lebih kurang 15 peratus dari keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016. Beliau berkata penglibatan KWSP dalam pelaburan Islamik bukan perkara baru kerana lebih 45 peratus, atau RM295 bilion, dari jumlah aset pelaburan KWSP adalah patuh Syariah.

Permohonan pendaftaran untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ bermula 8 Ogos 2016. Bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan sehingga 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion.

Layari laman web KWSP untuk berita penuh.