Seperti yang mungkin ramai daripada anda sedia maklum, hari ini merupakan hari dimana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan jumlah agihan dividen buat para pencarum bagi tahun 2019.

Baru sahaja dipaparkan tadi secara rasmi di laman web rasmi KWSP, agihan dividen KWSP bagi simpanan kovensional diumumkan dengan dividen 5.45% manakala simpanan shariah menerima dividen 5%.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
kwsp
Jumlah caruman dan agihan dividen boleh disemak melalui laman web rasmi KWSP

Pengumuman yang dibuat ini turut menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Tidak kurang juga mereka yang membandingkan prestasi KWSP sejak beberapa tahun terakhir ini.

Untuk pengetahuan, jumlah dividen yang diumumkan bagi tahun 2019 ini merupakan dividen terendah bagi simpanan konvensional sejak tahun 2008. Berikut merupakan rekod dividen KWSP bagi tahun 1999 sehingga 2017.

Top10 small2-CAPS2017
Sumber: Majalah labur

Pada tahun lalu, KWSP berjaya mengumumkan penawaran dividen sebanyak 6.15% buat para pekerja. Kami kongsikan juga agihan dividen ASB yang hangat dibincangkan sejak diumumkan.

Simpanan Konvensional KWSP Diumumkan Dengan Dividen 6.15% Bagi Tahun 2018

ASB Umum Dividen 5.5 Peratus, Agihan Terendah Sejak 1990

Sumber