Selebriti dan bintang realti televisyen Kylie Jenner baru-baru ini diumumkan sebagai 60 usahawan wanita paling berjaya di Amerika Syarikat melalui majalah terkenal Forbes. Beliau dilaporkan bakal bergelar jutawan bertaraf billionaire termuda atas usaha sendiri di susulan kejayaan syarikat kosmetik miliknya yang dilancarkan dua tahun lalu.

Menurut laporan dari majalah Forbes, Jenner, 20, yang juga adik tiri bintang realiti kepada Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian, telah menubuhkan Kylie Cosmetics pada 2016, yang menjual kit gincu bibir bernilai AS$29 (RM117) dan beliau berjaya mencatatkan jualan lebih AS$630 juta (RM2.54 bilion+-).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Forbes telah mengabungkan kesemua pendapatan beliau iaitu yang diperoleh dari program televisyen, tajaan, pengiklanan dan dividen selepas cukai syarikat miliknya, Kylie dipercayai bernilai AS$900 juta (RM3.63 bilion+-). Kylie juga dipercayai bakal menjadi billionaire termuda sedikit masa sahaja lagi.

Semasa temubual dengan Forbes Kylie juga mendedahkan kejayaan beliau disebabkan media sosial.”Media sosial adalah satu platform yang amat menakjubkan. Ia memberi saya akses yang mudah kepada peminat dan pelanggan.”

kylie-jenner-net-worth-forbes-magazine-billionaire-issue-interview-900-million-usd-01

kylie-jenner-net-worth-forbes-magazine-billionaire-issue-interview-900-million-usd-03

Sumber