Bintang personaliti terkenal Kylie Jenner telah membuat pengumuman beliau telah meryertai sebagai duta baru untuk jenama sukan terkenal dari Jerman iaitu adidas.

Beliau membuat pengumuman ini menerusi laman instagram beliau di IG Stories dengan pos gambar beliau bersama kasut adidas Falcon “So excited to announce that I am officially an adidas Ambassador.” Sebelum ini, beliau menjadi duta untuk PUMA pada tahun 2016 dan ia dapat tentangan dari Kanye West yang merupakan pereka kasut YEEZY adidas dan pada masa yang sama merupakan abang ipar kepada Kylie.

Ini mungkin salah satu strategi adidas untuk mengumpulkan kesemua ahli keluarga Jenner untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi jenama ini kepada peminat. Ianya satu langkah yang baik untuk adidas kerana pengaruh keluarga ini yang sangat hebat di seluruh dunia.

https://instagram.com/p/BmjBgiPlASe/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_loading_state_control