Sebut sahaja Kylie Jenner pasti anda tahu akan beliau yang terkenal kerana kekayaan dan kejayaan beliau. Berikutan beliau memiliki empayar sendiri iaitu Kylie Cosmetics, jenama pakaian dan lain-lain yang bernilai $900 juta pada usia 21 tahun menjadikan beliau wanita terkaya di Amerika Syarikat. Aset yang dimiliki Kylie Jenner pada ketika adalah melebihi USD1 bilion.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Untuk pengetahuan anda, hal tersebut diumumkan syarikat Forbes dan Kylie Jenner telah menggantikan pengasas Facebook Mark Zuckerberg sebagai individu paling muda dalam sejarah bergelar bilionaire. Malah, beliau di ranking ke 2,057 sebagai orang paling kaya di dunia ketika ini.

Menurut Forbes, Kylie merupakan satu-satunya individu yang berjaya menempa nama dengan produk kosmetik, Kylie Cosmetics. Malah, 15,000 lip kit yang dikeluarkan Kylie sebelum ini berjaya terjual dalam masa kurang dari satu minit.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →