Kylie Jenner dikhabarkan telah menyewa kapal mewah Equanimity yang telah dijenamakan semula kepada Tranquility. Dikhabarkan beliau menyewa kapal mewah tersebut untuk menyambut hari lahirnya yang ke-22.

Kylie telah menyewa kapal mewah tersebut pada harga RM5.1 juta seminggu dan Kylie akan berlayar sepanjang laut Mediterranean pada majlis hari lahirnya 10 Ogos ini.

VS Cover New
HYPE
Victoria’s Secret Buat Jualan ‘Gila’ Sempena Black Friday
Baca lagi →

View this post on Instagram

saw you in my dreams again ☁️

A post shared by Kylie ✨ (@kyliejenner) on

equanimity

Sumber: The Star

Untuk pengetahuan anda, kapal mewah tersebut merupakan kapal mewah milik ahli perniagaan kontroversi Jho Low sebelum ianya dibeli oleh Genting Malaysia Bhd yang telah membeli kapal mewah tersebut pada harga RM523 juta pada bulan April yang lalu.

Walaupun berdepan kontroversi, ianya bukan halangan untuk selebriti luar menyewa kapal mewah ini. Pastinya sambutan hari lahir Kylie akan menjadi sambutan yang unik dan mewah berikutan kecanggihan kapal mewah Tranquility ini.

Baca lagi: Genting Tukar Nama Equanimity Kepada ‘Tranquility’

Anda Mungkin Suka