La Pari-Pari, Langkawi miliki panorama semulajadi yang indah serta menenangkan bagi para pengunjung. Sesuai dengan namanya, kawasan persekitaran resort La Pari-Pari ini amat cantik dan sesuai bagi mereka yang ingin menikmati percutian tanpa sebarang gangguan.

Untuk makluman anda, resort ini telah beberapa kali memenangi Anugerah Pilihan Pelancong anjuran TripAdvisor. Memang hebat!

Seperti yang ditulis di laman web rasmi La Pari-Pari, resort itu mengambil namanya daripada perkataan pari-pari, iaitu makhluk fantasi yang boleh mengabulkan impian menjadi realiti.

Bagi kami, pari-pari merupakan perkataan terbaik bagi menggambarkan resort La Pari-Pari tersebut. Ia seperti magis. Umpama anda melangkah ke alam baharu.

Resort yang merupakan buah fikiran Karina Bahrin ini hanya memiliki 12 buah bilik sahaja dan dibina di atas sebuah taman berkeluasan satu setengah ekar. Selain itu, keluasannya yang kecil itu membolehkan para pengunjung mendapatkan sepenuh perhatian para petugas di La Pari-Pari.

Lokasinya pula terletak di antara Pantai Cenang dan Pantai Tengah yang terkenal dengan keindahan pantainya dan pemandangan matahari terbenam yang memukau.

Istimewanya lagi, setiap bilik di La Pari-Pari turut disediakan sebuah laman peribadi. Maka, para pengunjung bolehlah mengambil peluang untuk bersantai bersama yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan resort ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi mereka. Mereka juga boleh dihubungi melalui talian 04-955 3010.

Anda juga boleh terus menempah percutian anda di La Pari Pari di sini.

BACA: Tip Dan Itinerari Bercuti 5 Hari Di Langkawi Termasuk Aktiviti Skydiving