Memasuki tahun 2021, nampaknya masih terdapat lagi rakyat Malaysia yang menganggap Sarawak bukan negeri dalam Malaysia. Meskipun agak ironi untuk difikirkan, namun siapa sangka pemikiran seperti ini masih wujud.

Terbaharu, tular di media sosial apabila seorang pembeli dari Sarawak mahu mendapatkan barangan yang dijual oleh penjual dari Semenanjung Malaysia. Perbualan sebelum membeli barangan menjadi isu apabila penjual berkenaan pihak mereka cuma menghantar barangan sekitar Malaysia sahaja di mana Sarawak tidak tersenarai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maklum balas yang diterima turut dikongsikan melalui Facebook beliau iaitu Romeo Storie sekaligus membuatkan para netizen berang serta memperoleh lebih 2,800 perkongsian. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu yang berlaku.

Screen Shot 2021-04-23 at 11.46.27 AM

Screen Shot 2021-04-23 at 11.46.36 AM

Screen Shot 2021-04-23 at 11.47.11 AM

Screen Shot 2021-04-23 at 11.47.20 AM

Berjaya meraih perhatian orang ramai, penjual ini dilaporkan turut menerima mesej daripada pengurus kedai berkenaan yang memohon maaf atas kesilapan yang dibuat pekerjanya. Sebagai tanda permohonan maaf atas kesilapan yang dibuat, kedai tersebut sedia menawarkan seleksi barangan dengan diskaun 50%.

174069640_10208655109771957_3582697186225210439_n

Nasi sudah menjadi bubur, meskipun permohonan maaf diterima penjual, namun penjual berkenaan memaklumkan tidak lagi berminat dengan produk yang ditawarkan walaupun ditawarkan dengan harga diskaun. Beliau juga turut ‘sekolahkan’ penjual berkenaan di maan Sarawak masih lagi dalam Malaysia sehingga kini.

Difahamkan isu seperti ini sememangnya kerap berlaku buat mereka yang berada di Sabah dan Sarawak. Kongsikan pengalaman anda sekiranya anda pernah mengalami masalah yang hampir sama.

Peguam ini menjelaskan mengapa terdapat perbezaan layanan buat individu yang melanggar SOP. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP

Bermula Sebagai Jenaka, Lokasi Popular ‘Geng Plastik Hitam’ Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak