Siapa sangka bahawa di Perlis juga terdapat ladang bunga matahari persis seperti di Thailand. Mesti anda berasa teruja bukan?

Anda kini tidak perlu ke Thailand semata-mata hanya untuk jelajahi ladang bunga matahari. Anda boleh singgah ke Perlis untuk merasai pengalaman yang sama seperti berada di Thailand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, ladang bunga matahari ini terletak di Taman Ular dan Reptilia, Kangar, Perlis dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Difahamkan ladang bunga matahari ini baru sahaja dibuka pada bulan Julai 2019 lalu. Bagi anda yang ingin menerokai ladang bunga matahari ini, tiket masuk untuk dewasa adalah RM6 dan RM3 untuk kanak-kanak. Murah, bukan?

Bukan sahaja anda dapat melihat keindahan bunga matahari, tetapi anda juga dapat bergambar tanpa had di sini. Terdapat lebih 150 spesis ular yang anda boleh jumpa di sini.

Tahun 2020 merupakan tahun melawat Malaysia, apa kata anda melancong ke seluruh Malaysia? Anda boleh klik pautan di bawah untuk destinasi menarik yang boleh dikunjungi.

‘Gua Lipas’ Terbesar Dunia Di Sabah Ini Tawar Pengalaman Unik Kepada Pengunjungnya

Rasai Pengalaman Penginapan ‘Rare’ Dikelilingi Alam Semula Jadi Di A’moss Farmstay, Cameron Highlands

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

Sumber