Saya agak terperanjat apabila mendapat tahu tentang ladang madu kelulut ini.

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →

Bagaikan bandar kecil fairytale yang berwarna-warni, ianya bukan sahaja buat anak kecil gembira, tetapi ibu, ayah, atuk dan neneknya juga.

Pelbagai figura comel boleh didapati di kawasan ini.

Kincir angin Holland mini, kasut gergasi, rumah moden dan rumah tradisi mini, dan kereta klasik yang diubah suai adalah sebahagian hiasan dalam kawasan kilang atau tapak jualan ini.

Peliknya, terdapat juga figura kambing biri-biri dan figura seluar tanpa badan.

Di sini juga terdapat beberapa haiwan seperti kambing, arnab dan burung.

Menariknya, anda juga boleh berehat di pangkin sambil menikmati pemandangan sawah padi.

Sudah tidak sabar hendak tahu lokasi ladang ini?

Ianya terletak di alamat Jalan Alor Setar-Kangar, KM 8.4, Kampung Padang Lalang, Alor Janggus, Alor Setar.

Layari laman Facebook Ladang Madu Kelulut Ori DUKUN JAYA atau hubungi 017-4891019 untuk maklumat lanjut.

Semoga anda gembira dengan entri kali ini. Ikuti The Vocket setiap hari untuk lebih banyak cerita Cuti-cuti Malaysia!

BACA: Air Terjun Di Hutan Lipur Lata Bayu, Baling, Kedah Buat Kami Kata Perghhh

Anda Mungkin Suka