Pernahkah anda terfikir bagaimana pakar forensik mendapatkan sumber untuk mengkaji cara bagi mengetahui punca-punca kematian seseorang? Buat anda yang tertanya-tanya, artikel ini mungkin dapat membantu merungkaikan jawapan kepada persoalan anda.

Melalui perkongsian di Facebook pemuda bernama John Mohamed ini, beliau berkongsi info mengenai satu kawasan di Amerika Syarikat yang dinamakan Body Farm atau nama rasminya The University of Tennessee Forensic Anthropology Facility telah dibuka pada tahun 1971 oleh seorang doktor bernama Dr. William Bass.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tempat ini menempatkan mayat-mayat untuk dijadikan kajian oleh pihak saintis atau ahli forensik polis. Mayat tersebut akan dibiarkan mereput secara semula jadi bagi membolehkan saintis memantau dan merekod proses pereputan mayat tanpa gangguan manusia. Mengikut data, terdapat 7 tempat sebegini di Amerika Syarikat dan ladang mayat terbesar dikatakan terletak di Universiti Texas seluas 26 ekar.

Jadi, melalui hasil kajian dari Body Farm inilah membantu pihak polis menjawab beberapa persoalan seperti berapa hari seseorang itu telah mati, berapa lama masa diambil untuk mayat mereput. Kebanyakan mayat-mayat di sini terdiri daripada mayat yang didermakan dan mayat yang tidak berwaris. Bahkan, ada individu yang sudah bersedia untuk menyerahkan mayat mereka untuk dibuat bahan kajian kelak.

67281180_2806852966011336_6225059293117284352_n

67085200_2806853099344656_4077332562853232640_n

Untuk pengetahuan anda, Dr William mendapat idea untuk membuka ladang ini kerana beliau diberikan tanggungjawab untuk mengenal pasti mayat-mayat anggota tentera yang terkorban dalam Perang Saudara.

Ketika menjalankan kajian tersebut, beliau terlihat satu mayat yang dalam keadaan baik seolah-olah baru meninggal dunia hingga membuatkan beliau beranggapan bahawa mayat tersebut telah dibunuh di tempat lain dan diletakkan di dalam kubur lama tersebut.

Tetapi rupa-rupanya mayat itu kelihatan baru disebabkan keranda yang digunakan adalah kedap udara. Dari sana, Dr William mendapat idea untuk membuat kajian lanjut berkaitan bagaimana manusia ini mati dan mereput untuk membantu pihak forensik. Berikutan perkongsian info daripada pemuda ini telah berjaya menarik minat warganet dan ramai yang memberi komen bahawa ini merupakan info yang sangat berguna.

Screenshot_20190918-134711

Screenshot_20190918-134730

Hasil kajian dan data yang diperolehi daripada ladang Body Farm ini telah dijadikan bahan rujukan oleh pakar forensik dan pihak polis untuk menyelesaikan kes-kes yang melibatkan kematian.

Beberapa bulan lepas ada kes penemuan mayat Nora Anne di dalam hutan. Klik link di bawah untuk mengetahui bagaimana polis mengetahui punca kematiannya yang menjadi bualan hangat sebelum ini. 

Pihak Polis Umum Nora Anne Meninggal Dunia Kerana Kelaparan

Kubur Ceo Cradle Fund Digali Semula Untuk Siasatan

Sumber