Sekiranya anda pernah berkunjung ke Paris atau peminat manisan macaroon, pastinya anda cukup kenal dengan jenama yang cukup terkenal ini iaitu Laduree. Jenama yang mula menempa di Paris ini kini akan mula membuka cawangan sulung mereka di Malaysia yang bertempat di Pavilion Kuala Lumpur.

Seperti yang ditawarkan di negara luar, macaroon daripada Laduree bakal menawarkan pelbagai perisa dan warna khusus buat para penggemar. Antara yang menjadi kegemaran kami adalah macaroon perisa kopi dan coklat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
laduree macaroon malaysia
Sumber: Wikimedia
Sumber: Squarespace

Setakat ini Laduree sudah mempunyai lebih 20 cawangan serata Asia termasuk Singapura, Thailand dan Hong Kong. Buat anda yang berminat untuk mencuba Laduree Macaroon, anda boleh mula singgah ke Laduree Pavilion telah mula dibuka sejak 24 November. Anda boleh ke laman Laduree Malaysia untuk maklumat lanjut. Selamat mencuba!

Sumber