Nampaknya bertambah lagi senarai nama besar yang sedang diperhatikan oleh pihak Marvel Studios. Terbaru, nama Lady Gaga pula disebut bakal menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) untuk projek filem akan datang mereka.

Lady Gaga dikatakan bakal ditawarkan watak Lylla, kekasih kepada Rocket Raccoon dalam Guardians Of The Galaxy. Lebih menarik adalah Rocket Raccoon disuarakan oleh Bradley Cooper dan jika ianya benar, Lady Gaga dan Bradley akan digandingkan sekali lagi selepas kejayaan mereka berdua dalam filem A Star Is Born.

Untuk filem ketiga, James Gunn mahu menjadikan Rocket Raccoon sebagai teras kepada filem tersebut dan di sinilah watak Lylla (Lady Gaga) akan memainkan peranan.

Pada ketika ini, kemunculan Thor dalam Guardians Of The Galaxy masih belum diumumkan kepada semua dan menjadi tradisi Marvel Studios, mereka mahu merahsiakan segalanya. Jadi kemungkinan untuk Thor muncul dalam filem Guardians tetap ada. Kalau Thor ada, pasti lagi meriah keluarga Guardians Of The Galaxy nanti.