Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebelum ini tular penumpang warga asing bertindak mengasari petugas di kaunter ‘check-in’ di KLIA. Adakah anda pernah menyaksikan sendiri ‘drama’ dalam penerbangan?

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @_aizatrahman telah berkongsi video dimana memaparkan kekecohan di dalam kapal terbang sebelum berlepas dimana dua penumpang diminta untuk keluar daripada kapal terbang oleh pihak keselamatan.

@_aizatrahman

Selalu tengok kat TV je drama gini. First time jadi depan mata lol #fyp #xyzbca #airasia #ak822 #AK #klia2 #KUL #HKT #Phuket #KL #drama #gaduh #flight #flightcrew #karen #2023 #delay #passenger

♬ original sound – _aizatrahman – _aizatrahman

@_aizatrahman

Part 2 drama dalam flight AK822. #fyp #xyzbca #airasia #ak822 #klia2 #klia2 #KUL #HKT #Phuket #KL #thailand #drama #gaduh #flight #flightcrew #karen #2023 #delay #passenger

♬ original sound – _aizatrahman – _aizatrahman

Menerusi video tersebut, penumpang terbabit dikatakan telah kehilangan ‘headphone’ dan seperti tidak puas hati lalu bertindak menumbuk tempat meletakkan bagasi. Pramugara telah memaklumkan insiden itu kepada ketua juruterbang penerbangan dan arahan untuk membawa keluar penumpang itu telah dikeluarkan.

Dapat dilihat, penumpang itu tidak berpuas hati dan sempat bertekak dengan pihak keselamatan serta situasi ini menyebabkan kelewatan sejam dua. Malah, pramugara juga dilihat tenang membuatkan penumpang itu faham akan pelanggaran polisi keselamatan.

Difahamkan, kedua penumpang itu adalah atlet MMA dan mahu ke Thailand untuk sesi latihan. Disebabkan itu, kesemua pihak keselamatan mengambil langkah berhati-hati untuk tidak ‘menyinggung’ perasaan dan tidak mahu melakukan provokasi.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersependapat bahawa bahagian keselamatan di lapangan terbang patut lebih tegas dalam menangani situasi seperti ini.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mahu penumpang tersebut dikenakan tindakan kerana bukan sahaja menunda penerbangan tetapi telah meninggalkan ‘remarks’ akan mencederakan penumpang lain.