Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tular di media sosial sejak semalam apabila sekumpulan YouTuber terkenal terdiri daripada 25 individu bertindak untuk menyerang seorang lelaki di pusat futsal.

Tindakan yang dibuat bukan sahaja membuatkan para netizen berang malah turut mendapat perhatian pihak polis. Berdasarkan laporan terbaru yang dikongsikan, 12 individu termasuk YouTuber yang terbabit telah ditahan polis pihak menerusi serbuan yang dibuat.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Menurut seorang pengguna Twitter, Bakhtiar Ikhwan, difahamkan pergaduhan tercetus atas faktor tidak puas hati di gelanggang futsal yang terletak di Pusat Perindustrian Subang. Lebih mengejutkan, pergaduhan tersebut turut melibatkan penggunaan alat merbahaya seperti kerambit.

Sementara itu, terdapat perkongsian di Twitter yang memaklumkan laporan yang dibuat sebelum ini telah ditarik. Walau bagaimanapun, pihak polis tetap bertindak untuk membuka kertas siasatan terhadap kes yang berlaku.

Diharap isu yang berlaku dapat diselesaikan sepenuhnya dalam memberi keadilan kepada individu yang terlibat. Sebelum ini, kumpulan yang didakwa membuat kekecohan ini turut tular melibatkan isu agihan RM10,000 di Istana Negara sehingga ditegur pihak berkuasa.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang sedang tular ketika ini dengan klik pautan di bawah.

Koyak Main Futsal, 25 Geng Isarb Hafiz Balun Seorang Lelaki?

‘Prank’ Jahanamkan Proton Iswara Rakan Demi Konten, YouTuber Ini Terima Respon Pelbagai Netizen

‘YouTuber’ Ditegur Pihak Berkuasa Selepas Cuba Agihkan RM10,000 Di Hadapan Istana Negara

Anda Mungkin Suka