Pada akhir bulan November lalu, pihak polis memburu sekumpulan marshal motosikal berkuasa tinggi yang bertindak sebagai polis trafik untuk mengawal lalu lintas. Namun dalam tempoh 48 jam, sebahagiannya dari mereka telah berjaya ditahan untuk disoal siasat.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Namun selang dua minggu sahaja, masih ada sekumpulan marshal berdegil lagak seperti polis trafik dengan memberikan arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan bagi membenarkan kira-kira 20 biji motorsikal berkuasa tinggi untuk melalui laluan tersebut.

Kejadian tersebut telah dirakam sendiri oleh pengguna jalan raya lain yang terpaksa ketepi dan memperlahankan kenderaannya untuk memberikan laluan kepada sekumpulan motosikal berkuasa tinggi seperti yang diarahkan oleh beberapa orang marshal konvoi tersebut.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Rakaman dashcam itu telah menarik perhatian pihak Polis Daerah Port Dickson dan mereka sedang mengesan individu yang terlibat dalam rakaman terbabit. Pihak Polis menyeru kepada orang ramai yang memiliki maklumat kejadian tersebut untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Dalam rakaman dipercayai konvoi berkenaan bergerak dari arah Kuala Sg Baru Alor Gajah Melaka melepasi kawasan Jalan Tg Agas Pasir Panjang Port Dickson.

“Seseorang marshal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan/ memberhentikan kenderaan/melencong kehadiran tanpa kehadiran mana-mana Pegawai Polis,” kata Ketua Polis Daerah Port Dickson dalam satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook.

Tambah beliau lagi, pihak Polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalu lintas yang boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak pengguna lain di jalan raya awam.

Siasatan dijalankan bawah Sek.21 Akta Polis 1967, Sek.48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Halangan Lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59 (Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar).

Beliau juga meminta sebarang maklumat yang orang ramai ada boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06-6472222.

Hantaran asal rakaman video dashcam tersebut telah mengundang pelbagai reaksi oleh pengguna Facebook lain yang mahu pihak berkuasa segera campur tangan bagi membendung masalah ini daripada berterusan.

Sebelum ini dua lelaki berusia lewat 20an telah ditahan kerana bertindak sebagai marshal untuk memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat.

Polis Tahan Dua Pemuda Bertindak Sebagai Marshal Semasa Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi

Lagak Seperti Polis Trafik, Marshal Geng Motosikal Kuasa Tinggi Dicari Pihak Berkuasa