The greatest boxer of all time, Muhammad Ali meninggal dunia kerana masalah komplikasi pernafasan, kata wakil dari keluarga Muhammad Ali mengesahkan berita kematian Muhammad Ali ini di NBC News.

“Selepas 32 tahun berlawan dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali telah meninggal dunia pada usia 74 tahun,” kata Bob Gunnell, wakil dari keluarga Ali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

alliiiiii

Penyakit Parkinson yang dihidapi juara World Heavyweight 3 kali itu sangat serius yang memperlahankan pergerakan beliau dan membuatkan beliau sentiasa dalam keadaan menggigil. Penyakit ini sama seperti penyakit yang dihidapi aktor Back To The Future, Michael J. Fox. Beliau akan dikebumikan di kampung halamannya di Louisville, Kentucky.

Walaupun dalam keadaaan kesihatan yang kurang memuaskan, beliau lantang melawan proposal dari Donald Trump Disember lalu berkenaan isu menghalang orang Islam dari memasuki Amerika. “Kami dan Muslim seluruh dunia berdiri bersama-sama melawan propaganda yang menjatuhkan Islam untuk personal agenda mereka,” kata Ali.

Sedikit berkenaan sejarah Muhammad Ali. Pada awal 1960an, ketika beliau sedang memegang gelaran Boxing Heavyweight Champion, beliau menerima Islam dan menolak untuk berjuang di Vietnam War dan menjadi ikon kekuatan dan keberanian dunia. Float like a butterfly, sting like a bee. Al- Fatihah buat Muhammad Ali.

aliii

Sumber