Nota Editor: Panduan travel ke Maldives ini telah dikongsikan oleh Tong Sudey yang telah berkunjung ke negara ini. Semoga ia dapat membantu anda yang akan travel ke Maldives.

maldives-2

First timer luck maybe, Alhamdulillah dapat free upgraded to water villa. Mengadap sunset everyday.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Airasia dah buka balik route ke Maldives (before ni route Maldives operated by AAX) so aku rasa ada baiknya aku share few tips for those yang dah beli ticket or berkeinginan untuk melawat negara Islam ni.

1. Cara tukar currency ke Ruffiya. Landing je kat Ibrahim Nasir International Airport, tukar USD or Euro kat money changer and please KEEP the receipt. Later kalau nak tukar balik balance ruffiya ke USD dorang akan mintak receipt tu for confirmation. Standard procedure katanya.

2. Ibrahim Nasir International Airport itself is on an island. So untuk yang stay kat resort or any private island, pihak hotel akan handle the transfer process kiranya korang transfer direct from the airport to your selected resort by speedboat or seaplane.

maldives-8

Jetty di airport

3. Untuk yang stay di local island for guesthouse or affordable hotel, korang kena transfer ke Male capital city Maldives dulu (pronouce Mar-Lay). Keluar dari airport then kau follow je the crowd. Locals selalu bawak barang banyak-banyak untuk balik ke Male so just follow them to the jetty utk naik feri. Advisable bayar dalam Ruffiya instead of foreign currency sebab lagi jimat. Fee tak silap 10 Ruffiya per way. Kalo nak bayar dalm USD, 1 USD per way.

4. Dah sampai Male city, nak transfer ke local island, kau tanya je orang local sana or nak lagi selamat tanya orang kaunter jual tiket feri kat pondok kecik area jetty tu kat mana nk tunggu feri ke island sekian-sekian. Dorang akan tolong and english dorang pun bagus.

Baca: 15 Tips Bercuti Di Maldives

maldives-6

Wajib beli air ni di Maldives. Minum sambil layan laut memang mellow gila je feeling dia.

maldives-5

Shell Beans Male city. Nasi paprik and ayam beriyani.

5. Makanan dalam Male city semuanya adalah halal. Dont worry. Even kat airport kau akan nampak notis alcohol and even dogs are prohibited to enter Male. Tempat lepak favourite aku kat Male adalah kat Shell Beans.

6. Untuk yang book accommodation guesthouse kat local islands di Agoda, scroll bawah sikit pergi ke column information kat situ ada tulis how to transfer to island/naik ferry apa/ferry schedule/ferry fees etc.

7. Untuk yang book private resort, kat column information tu ada tulis fee untuk speedboat. Current rate dalam 120USD return. Bayar waktu check in di resort tersebut.

maldives-4

Male city. Jalan dia memang kecik macam ni. Ni main road tau.

maldives-3

8. Private islands/resorts kebanyakannya serve pork and alcohol. Advisable kau bukak official website, then email direct ke Food And Beverage team dorang. Macam aku stay kat Centara Ras Fushi di Male Atoll, dorang jawab email aku and confirmkan kitchen dorang separate and hygiene mengikut standard halal.

9. Untuk yang tight budget, pergi je island yang dekat-dekat sebab murah dari segi transfer. Kekadang harga transfer lagi mahal dari harga bilik hotel. Usha kat North Male Atoll and South Male Atoll.

maldives-7

Tuna di Maldives. Kalau makan kat maldives, harga meal tuna lagi murah dari ayam or daging sebab tuna ni memang banyak kat Maldives.

10. Public transport pada hari Jumaat separuh hari je tau sampai pukul 12. So pepandai la kome plan schedule korang.

11. Di resort or private island dorang prefer USD or Euro. Not all,but some. So for some peace in mind,keep both currency (USD n Rufiyaa).

Baca lagi: 20 Tips ‘Survival’ Sewaktu Travel Ke Maldives

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka