Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam kami sudah berkongsi 5 pejabat di Malaysia yang awesome, dan seperti yang dijanjikan, hari ini kami akan menyambung lagi tentang pejabat yang cool di Malaysia. Kami teruja untuk berkongsi maklumat dan gambar-gambar ini dengan anda. Harapnya satu hari nanti kami berpeluang melawati pejabat-pejabat yang kami paparkan.

BACA: 5 Pejabat Di Malaysia Yang Awesome

1. Milk & Co

Milk & Co adalah sebuah syarikat pengiklanan, penjenamaan, dan reka grafik. Sesuai dengan namanya, deco ruang pejabat mereka dipenuhi dengan perabot berwarna putih.

Putih seperti susu, sofa pun bentuknya bagai kocakan susu!

Clean edge; dan warna yang kontras dan earthy membangkitkan mood kreatif kepada penghuninya.

Fabulous dari setiap segi.

Sumber: PDI Design

2. Genovasi

Genovasi adalah pusat pendidikan berinovasi. Tujuan ia ditubuhkan ialah “We inspire, create and empower a movement of innovators for the betterment of self, environment and the world.” Ia juga merupakan satu-satunya pusat di Malaysia yang mendidik tentang design thinking.

Pusat ini memang untuk orang muda.

Betulkan kami kata, ada padang bola?

Dan untuk orang muda?

Tempat belajar.

Ya, ini tidak kelihatan langsung seperti sebuah pejabat.

Ruang menunggu pun kelihatan selesa.

Sumber: Star Property, Audrey Puiyan

3. Groupm Malaysia

Groupm ialah sebuah syarikat pelaburan yang tertumpu kepada industri media. Pejabatnya sangat santai dengan banyak ruang untuk diskusi. Deco moden yang ditimbulkan digarap dengan baik sehingga berjaya menimbulkan perasaan selesa berada di dalam pejabat mereka.

Ruang menungu yang minimalis.

Wall of fame.

Gaya Korporat yang edgy.

Produk yang tersusun rapi.

Ruang diskusi comel seperti sebuah pod.

Pantry.

Pemisah ruang dengan gaya baru.

Lampu yang disusun dengan ketinggian berbeza menjadi feature kepada ruang ini.

Sumber: PDI Design

3. Frogasia

Frogasia, merupakan anak syarikat YTL, adalah syarikat pertama di dunia yang menghubungkan seluruh negara melalui platform cloud-based tunggal. Mereka menyediakan teknologi dan solusi pendidikan melalui internet. Terletak di Sentul, pejabat mereka menampilkan gaya moden yang comel, dan kecomelan ini ditambah dengan kehadiran logo mereka berbentuk katak.

Ruang kerja yang menarik.

Katak!

Ruang masuk.

Siap ada patung Android, comel!

Ruang menunggu yang simple tetapi sangat menarik.

Wall of fame.

Bola Besar.

Pantry!

Sumber: Wobb

5. Nike, Pejabat Jualan Kuala Lumpur

Siapa yang tidak kenal Nike? Kasut berkualiti tinggi dengan design menarik. Produk untuk orang muda. Pejabat jualan di Menara OBYU, Petaling Jaya, berjaya menampilkan semangat-semangat ini. Inspirasi design adalah dari stadium sukan, dan siling yang tinggi menampakkan ciri industrial yang ingin diketengahkan.

Inspirasi dari ahli sukan sepanjang koridor pejabat ini.

Ruangan kosong membolehkan anda mengambil sepasang kasut dan terus berlari.

Ruangan hijau yang menenangkan.

Sumber: Star Property

Jadi, bagaimana? Teruja untuk bekerja atau memiliki pejabat-pejabat seperti ini? Kami doakan anda berjaya!
InsyaAllah, kami di The Vocket akan memiliki pejabat sebegini satu hari nanti!

Sementara itu, mari like The Vocket di Facebook.

Anda Mungkin Suka