Jika anda menonton siaran langsung perutusan khas perdana menteri kita semalam, pasti anda akan perasan satu bahagian di mana beliau memetik sebuah lagu dalam ucapannya.

Ia dibuat susulan pengumuman tiada kebenaran untuk balik kampung rentas negeri bagi sambutan hari raya tahun ini dan bagi mengingatkan orang ramai supaya kekal di rumah dan tidak berbuat demikian dalam beberapa minggu yang mendatang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang terlepas untuk mendengar reference yang disebut perdana menteri kita pada semalam, anda boleh mendengarnya di minit ke 1.27 dalam video yang dikongsikan di bawah.

Lagu Jange Kelik La Weii dalam dialek Kelantan atau ‘jangan balik’ dalam Bahasa Melayu yang disebut beliau ketika berseloroh mengenai pengumuman itu kemudiannya mencuri tumpuan netizen dan penyanyi lagu itu sendiri yang turut memberikan respon mengenai perkara itu.

Dalam satu temu bual bersama Harian Metro, penyanyi lagu yang dipetik perdana menteri kita itu berkata ia merupakan antara pencapaian terbesar dalam kariernya selepas 30 tahun menjadi artis.

“Saya rasa inilah kali pertama dan terakhir yang menjadi lakaran sejarah manis dalam hidup dan kerjaya apabila Perdana Menteri menyebut dengan betul sebuah karya dihasilkan seorang penggiat seni seperti saya.

“Rasa sangat terharu dan tidak menyangka lagu ciptaan saya, Jange Kelik La Weii menjadi pilihan Perdana Menteri untuk rakyat negara ini menyokongnya seiring isu semasa penularan wabak Covid-19 yang kini masih gigih ditangani pejuang barisan hadapan kita,” katanya kepada Harian Metro.

Lagu Jange Kelik La Weii yang turut dinyanyikan bersama dua rakan artis menurut Eddie adalah bertujuan untuk menyokong saranan kerajaan supaya tidak balik ke kampung meraikan Aidilfitri kali ini.

“Ia satu pengorbanan buat kita semua kerana harus beraya di kawasan setempat dan tidak dibenarkan merentas negeri balik ke kampung demi mengekang penularan pendamik Covid-19,” katanya.

Laporan itu juga menyebut jumlah tontonan lagu tersebut meningkat secara mendadak selepas ‘dipetik’ perdana menteri dalam perutusan khas yang dibuat semalam.

Semakan kami di YouTube mendapati lagu yang berdurasi selama hampir lima minit itu sehingga kini sudah pun mencatat lebih 200,000 tontonan dan komen yang ditinggalkan juga mengatakan mereka ‘datang’ kepada video tersebut selepas mendengar ia disebut perdana menteri dalam ucapannya.

2 1

YouTube kini bukan sahaja menjadi platform untuk menonton video malah ia juga semakin mendapat tempat sebagai tempat untuk memuat naik hasil kreatif masing-masing dalam kalangan rakyat Malaysia.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai wanita ini yang berjaya membuat duit dengan YouTube dengan video masakan yang dirakam hanya menggunakan telefon pintar. 

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’

Sumber