Kumplan rock terkenal Guns N’ Roses hari ini telah mencapai satu billion tontonan video muzik menerusi lagu November Rain. Ia merupakan video muzik dari zaman 90an yang pertama mengumpul jumlah tontonan yang sebanyak ini dan merupakan video lagu yang dicipta sebelum era YouTube lagi.

Selama 26 tahun dikeluarkan, video ini terus mengumpul banyak tontonan di YouTube, dengan purata hampir 560,000 tontonan harian pada tahun 2017 pada bulan November purata tontonan meningkat 41 peratus lebih tinggi dari bulan-bulan biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengikuti di belakang The Cranberries ‘Zombie’by The Cranberries (739 juta tontonan) dan Nirvana ‘Smells Like Teen Spirit’ (727 juta tontonan)kedua-dua ini merupakan video zaman 90 an yang terhangat selepas ‘November Rain’. Boleh jadi pemanas telinga terlebih dahulu sebelum saksikan mereka secara live di Malaysia November ini.