Seorang lelaki di Facebook menyatakan bahawa lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) yang berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-36 pada hari Ahad lalu mempunyai unsur-unsur akidah kebatinan.

Dalam satu hantaran tular yang dimuat naik pada hari yang sama SOG memenangi anugerah tersebut, beliau mendakwa bahawa telah menerima mesej dari salah seorang pembaca bukunya yang mendakwa bahawa terdapat unsur ‘lain macam’ dalam lirik lagu Pelukan Angkasa yang ditulis oleh Fazleena Hishamuddin.

Beliau berkata bahawa beberapa lirik tersebut dekat dengan akidah kebatinan di mana mempunyai unsur alam, ilusi, kebatinan beberapa unsur lain, “Sebenarnya tidak pelik akidah sebegini disebar melalui lagu kerana kita telah melihat beberapa lagu yang terkenal di alam melayu ni turut melakukan perkara yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, sebahagian netizen melihat tindakan lelaki ini adalah untuk menumpang populariti lagu Pelukan Angkasa untuk mempromosi bukunya yang didakwa meniru kulit buku The Secret tulisan Rhonda Byrne. Manakala sebahagian lagi hanya mentertawakan beliau yang terlalu taksub teori konspirasi.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Raja Nazrin Shah, komposer lagu Pelukan Angkasa yang juga sebahagian daripada ahli kumpulan SOG, “Salam, saya komposer lagu ini. Dan lirik lagu ini adalah hasil nukilan Fazleena Hishamuddin. Saya yang project the idea dan direction tema lirik untuk kak Faz terjemahkan dalam penulisan. Sekarang saya sedang menikmati perbahasan kalian tentang lagu ini,” katanya menepis dakwaan lelaki tersebut.

Lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin yang dipersembahkan kumpulan SOG dan Shila Amzah diumum juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 pada hari Ahad lalu. Kemenangan ini melayakkan meraka membawa pulang wang tunai RM100,000.

Naib juara pula milik Marsha Milan dengan lagu Cinta dan tempat ketiga disandang Haqiem Rusli dengan lagu Mimpi, masing-masing membawa pulang hadiah RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

Pelukan Angkasa dinobat juara Anugerah Juara Lagu 36. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pelukan Angkasa Dinobat Juara Anugerah Juara Lagu 36