Mungkin ramai yang tidak tahu menteri kesihatan kita, Dr Adham Baba sebenarnya juga pernah mempunyai lagu raya beliau yang tersendiri bertajuk Tenggara Raya dinyanyikan bersama penyanyi popular tanah air, Sufian Suhaimi.

Lagu raya versi cover yang menggunakan irama pop Despacito yang pernah menjadi kegilaan dunia suatu ketika dahulu itu dirakam pada tahun 2017 ketika beliau masih menjadi pengerusi UniKL.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

adham1

Walaupun menggunakan irama ala Despacito, namun lagu raya tersebut masih menggunakan lirik rekaan asal yang disesuaikan dengan sambutan hari raya di negara kita.

Ia kembali menjadi siulan atau topik perbualan dalam kalangan netizen memandangkan sambutan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

h

Mengulas mengenai video tersebut, Dr Adham seperti dipetik Malaysiakini mengesahkan video tersebut dirakam beberapa tahun lalu dan bukannya pada tahun ini seperti dipertikai sesetengah netizen sebelum ini.

“Itu lama punya lagu, masa 2017. Lagu Despacito, itu waktu saya nyanyi dengan Sufian Suhaimi dan untuk kawasan saya Tenggara.

“Itulah orang pandai-pandai nak keluarkan balik, saya tak ada buat lagu baru pun,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Berdurasi 4 minit 7 saat, muzik video yang dimuat naik di channel YouTube UniKl Official itu sehingga kini sudah pun mencatat lebih 25,000 tontonan dengan rata-rata komen memuji keberanian beliau merakamkan lagu tersebut.

komen komen2

Buat anda yang masih belum menonton muzik video lagu raya nyanyian Dr Adham ini, anda boleh menontonnya di pautan di bawah.

Selain lagu raya, masyarakat kita juga sinonim dengan persembahan iklan-iklan raya yang penuh bermakna menjelang ketibaan Syawal. Tonton iklan-iklan raya yang berjaya mencuri perhatian kami tahun ini di pautan di bawah. 

Tonton Iklan Raya PETRONAS ‘Antara Dua Jendela’ Tampil Dengan Animasi Yang Kreatif Dan Unik

Tonton Iklan Raya TNB ‘Semangat Raya Epik Fantastik’ Tahun Ini Yang Berbeza Tetapi Kekal Unik

Tonton Iklan Raya TNB ‘Norma Baru’ Dihasilkan Lelaki Ini Hanya Dengan Menggunakan Video Lama

Anda Mungkin Suka