Sebut sahaja filem animasi daripada DreamWorks Animation, pastinya anda tidak pernah kecewa dengan hasil filem yang ditawarkan kepada penontonnya. Terbaharu, DreamWorks Animation tampil dengan filem terbaharu iaitu Spirit Untamed.

Sedikit sinopsis filem Spirit Untamed ini berkisahkan tentang Lucky Prescott, seorang gadis yang tidak suka dengan peraturan dan sering mahukan kebebasan berubah kehidupan apabila tinggal jauh daripada keluarganya.

Dia yang berpindah ke kawasan kampung menemui seekor kuda liar bernama Spirit dan mula mengenali haiwan tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga mengetahui bahawa ibunya ialah seorang penunggang kuda yang gagah dari Miradero, sebuah perkampungan kecil.

Akan tetapi, Spirit telah ditangkap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan bermulalah misi pengembaraan Lucky untuk menyelamatkan Spirit. Untuk tahu pengakhiran filem ini, anda kenalah saksikan sendiri di pawagam.

Lebih menarik, lagu ‘Wildest Dreams’ dari Taylor Swift yang memenangi Album Terbaik di Anugerah Grammy 2021 turut dijadikan lagu latar dalam filem ini. Untuk pengetahuan anda, filem Spirit Untamed ini akan menemui anda pada 27 Mei 2021 ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Papar Situasi Lucu Ketika Kuarantin, Filem ‘All U Need Is Love’ Ini Pasti Buat Anda Tertawa

Gara-Gara Selebriti Langgar SOP, Surat Pelepasan Negeri Diperketatkan Dengan Laporan Itinerari?