Laguna Redang Island Resort merupakan tempat percutian yang memukau pandangan.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Laguna Redang Island Resort yang memiliki antara pantai tercantik di Pulau Redang, adalah merupakan tempat rehat yang ideal.

Pantai bersih dengan pasir yang putih, laut terbentang luas, kehijauan pemandangan dan langit yang membiru adalah sebahagian daripada apa yang akan anda nikmati di sini.

Terdapat 222 bilik tidur dan suites yang besar, setiap satunya dibina untuk keselesaan tetamu yang datang berkunjung.

Dengan pembinaan bangunan yang menggabungkan unsur tradisi Melayu dengan gaya moden, resort ini dipuji sebagai antara resort tercantik di pulau ini.

Kolam renang besar yang dibina, di sebalik taman yang dihias rapi adalah merupakan salah satu alternatif untuk anda menikmati masa anda di sini.

Laguna Redang juga memiliki pusat selaman yang diiktiraf PADI, yang memiliki kelengkapan menyelam terkini.

Anda tidak akan berasa bosan kerana pelbagai aktiviti disediakan. Mengunjungi spa, bermain bola tampar, jungle trekking, memancing, menyelam dan snorkeling adalah di antara perkara yang anda boleh lakukan di sini.

Ianya juga untuk anda yang hanya mahu bersantai menikmati keindahan alam.

Atau membina hidup baru dengan si dia yang tersayang.

Yang pastinya, percutian di Laguna Redang Island Resort bakal beri satu pengalaman baru buat anda.

Pengalaman manis, yang anda tidak akan lupa sampai bila-bila.

Untuk maklumat lanjut layari laman web atau laman Facebook Laguna Redang Island Resort. Mereka juga boleh dihubungi melalui telefon 03-21411188 atau 09-6310888.

BACA: 10 Lokasi Percutian Pantai Tercantik Di Malaysia. Bersih Dan Jernih Dari Yang Lain!

Anda Mungkin Suka