Setiap individu pastinya impikan segala urusan diri serta keluarga dipermudah. Dalam pada itu, terdapat individu serta keluarga yang dipilih tuhan untuk diuji sebagai tanda sayang tuhan kepada makhluk.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian Facebook Dahliana Mohd Dagang di mana beliau memerlukan crowdfunding daripada orang ramai dalam meringankan beban keluarga. Berikut dikongsikan coretan daripada perkongsian rasmi individu terpilih ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sesungguhnya setiap aturan perjalanan hidup sudah tertulis sejak azali lagi.
Siapa sangka cucu pertama kami sudah tidak sabar untuk melihat dunia dan lahir sewaktu kandungan berusia 30 minggu pada 16 Disember 2022 iaitu hari kelima percutian kami di Melbourne untuk meraikan majlis konvokesyen anakanda sulung kami, Muhd Shakir Fauzi.

Dalam keadaan paru-paru yang belum matang, cucunda Raisya terpaksa dimasukkan ke NICU selama sekurang-kurangnya 8 minggu dan selepas dibenarkan keluar dari hospital, perlu berada di Melbourne selama 4 minggu sebelum dibenarkan terbang pulang.

Dianugerahkan cucu tentunya satu pengalaman yang menggembirakan. Namun, di sini kami menghadapi ujian kerana Syafiqah, menantu kami dikira sebagai pesakit luar negara dan tentunya kos rawatan di Monash Medical Centre adalah amat tinggi.

Sumber: facebook dahliana mohd dagang

Banyak pihak mencadangkan crowdfunding. Walaupun segan, kami tiada pilihan. Nampaknya itulah satu-satunya jalan yang kami nampak setakat ini kerana sejujurnya, kami tidak mampu.

Nuruddin dan Syafiqah masih lagi belajar di universiti. Segala perbelanjaan sepanjang kami di Melbourne dibiayai oleh Shakir. Shakir juga mendahulukan duit gaji hasil titik peluh selama ini untuk tiket penerbangan demi menggembirakan semua ahli keluarga.

Namun untuk memulakan crowdfunding, sehingga kini kami masih menunggu jawapan dari pihak kedutaan Malaysia di Australia berkenaan dokumen yang diperlukan.

Ujian ini amat merisaukan kerana hingga kini kami masih belum menemui jalan penyelesaian. Namun kami yakin Allah tidak akan uji sesuatu yang kita tidak mampu hadapi. Di sebalik ujian, pasti ada rahmat.

Kami insan terpilih. Allah pilih kami di antara ramai insan untuk menghadapi ujian sebegini. Kami redha dengan ketentuanmu. Jika merasa ujian kita sebesar kapal, renungkan nikmat seluas lautan yang dinikmati selama ini.

Sudah terlalu banyak nikmat Allah kepada kami selama ini. Tidak terhitung banyaknya. Ujian ini adalah salah satu dari jalan-jalan ke arah mendapat rahmat dan nikmat Allah kerana mudah-mudahan menjadi pemangkin untuk kami lebih dekat dengan Allah.

Laa hawla walaa quwwata illa billahil aliyyil adzim.

Semoga Allah kurniakan sebaik-baik ganjaran kebaikan di dunia & akhirat.
Mohon doa semua, agar Allah segera tunjukkan jalan keluar kepada kami.

Buat para pembaca yang berbesar hati untuk membuat infak bagi meringankan beban keluarga Dahliana Mohd Dagang boleh disalurkan secara terus ke akaun bank di bawah.

Nama pemilik akaun: Dahliana Mohd Dagang
Bank Islam : 02020020876827
Reference: Baby Raisya

Semoga infak yang disalurkan dapat memudahkan urusan serta meringankan beban ujian keluarga Dahliana Mohd Dagang yang dilalui di Australia.