Umum sedia maklum bahawa drama Takdir Yang Tertulis telah melabuhkan tirainya semalam. Pengakhiran bagi drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu telah membuatkan rata-rata rakyat Malaysia terkejut kerana ‘plot twist’ yang di luar tekaan peminatnya.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh netizen di Twitter, kebanyakan daripada mereka tidak menjangka plot bagi drama tersebut malah mereka berasa seakan-akan ditipu dengan ‘plot twist’ drama tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai pihak berasa terkejut apabila mengetahui identiti sebenar bapa Mika malah ada di antara daripada mereka yang berharap akan musim kedua bagi drama tersebut.

https://twitter.com/QisteenaNatasha/status/1361692040128385024?s=20

Pengarah bagi drama itu sendiri telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram di mana beliau tertawa dengan tindak balas yang diberi oleh penonton selepas menonton pengakhiran bagi drama tersebut.

Apa-apa pun, peminat telah memuji pelakon serta jalan cerita bagi drama tersebut yang membuatkan ramai terpaut kerana hasilnya yang lain daripada drama yang pernah diterbitkan.

Bagi anda yang tidak mengikuti drama Takdir Yang Tertulis ini atau kurang jelas, drama ini berkisahkan mengenai cinta, persahabatan, dendam, tamak dan kecurangan. Jika anda terlepas menonton drama ini, anda boleh tonton keseluruhan episod bagi drama tersebut di iflix.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai pengarah takdir yang tertulis jawab isu berkenaan adegan kejar peragut bermotor melalui pautan di bawah.

Pengarah Takdir Yang Tertulis Jawab Isu Adegan Kejar Peragut Bermotor Sambil Berlari

Ibu Aiman Tino Luah Rasa Kecewa Digelar ‘Mertua Dari Neraka’