Seperti yang kita sedia maklum, Proton baru sahaja mengeluarkan 3 model baru untuk model sedia ada mereka iaitu Perdana, Persona dan Saga.
Baru-baru ini, sempena bulan kemerdekaan negara yang ke-59, ahli-ahli kelab Autostylista telah mengadakan pertandingan antara ahli kelab tersebut untuk membuat lakaran kereta konsep yang mungkin boleh dijadikan model terbaru untuk Proton.
Hebat dan unik belaka rekaan mereka ini. Tetapi semua rekaan hanyalah konsep semata-mata. Personal favourite saya adalah model Warisan dan Knight. Anda pula bagaimana?