Siapa tidak mengenali Beto Kusyairy, seorang pelakon berbakat dan sentiasa ‘menjadi’ dalam melakonkan setiap watak yang diterimanya.

Terbaharu, Nabila Huda di Twitter miliknya telah berkongsi sebuah video pendek memaparkan Beto Kusyairy dibakar dengan api dalam satu penggambaran filem atau siri Halimunan. Nabila memuji Beto Kusyairy dalam perkongsiannya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapat dilihat dalam video tersebut, Beto Kusyairy tidak menggunakan ‘stunt performer’ untuk melakukan babak aksi tersebut yang boleh dikatakan agak bahaya. Kebiasaannya, babak seperti ini dilakukan oleh ‘stunt performer’ bukannya pelakon sebenar.

Perkongsian oleh Nabila Huda itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen memuji dedikasi yang ditunjukkan Beto. Malah, para netizen juga berasa kagum kerana Beto tidak menggunakan ‘stunt performer’ untuk berlakon menjadinya dalam babak tersebut.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mengatakan inilah pelakon sebenar yang berbakat dan berani untuk menghasilkan karya terbaik. Tidak hanya itu, para netizen turut berasa terkejut kerana Beto sanggup melakukannya sendiri dan tertanya-tanya mengapa tidak menggunakan ‘stunt performer’.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Dibuang Dari Syarikat, Usahawan Ini Kecewa Dikhianati Suami Sendiri

Admin ‘LHDN Cari Siapa Hari Ini?’ Basuh Orang Atasan Dan Nyatakan 18 Tuntutan

‘Geng Kuda’ Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds Raih Kecaman Netizen