Sarawak adalah antara negeri yang bukan sahaja kaya dengan hasil bumi dan alam semulajadi, tetapi ia juga terkenal dengan kepelbagaian makanan yang terdapat di negeri Bumi Kenyalang tersebut. Bagi mereka yang pernah berkunjung ke Sarawak, anda pasti tidak akan lepaskan peluang merasakan keenakan makanan di negeri ini.

Terbaharu, laman TasteAtlas telah menobatkan Laksa Sarawak sebagai Makanan Terbaik di Asia. Laman yang terkenal dengan peta makanan interaktif pertama dunia ini meletakkan Laksa Sarawak di tempat pertama dengan skor 4.8 daripada 5 bintang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Laksa Sarawak berjaya mengenepikan Tahchin, Nabemono yang masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga. Selain itu, Laksa Sarawak juga telah mengalahkan makanan Jepun yang terkenal iaitu Sushi dan Roti dari India.

“Laksa Sarawak dicirikan oleh rasa yang halus dan lembut. Terdiri daripada kuah berasaskan ayam atau udang yang berperisa dengan pes laksa pekat, yang kadangkala mengandungi lebih daripada dua puluh bahan yang berbeza, sup disertakan dengan laksa, telur dadar yang dicincang, udang yang telah dimasak dan ayam yang dicincang.

“Asal usul laksa Sarawak masih tidak jelas, tetapi dipercayai hidangan itu muncul apabila Goh Lik Teck mula menawarkan hidangan mee di sepanjang Jalan Tukang Kayu Kuching pada tahun 1945. Menurut kepercayaan popular, pes tebal yang digunakan dalam hidangan itu dipopularkan oleh orang ramai. Keluarga Tan dari Kuching, di suatu tempat antara 1960-an dan 1970-an,” kata laman TasteAtlas.