Trend membeli secara atas talian kini semakin mendapat tempat dalam masyarakat. HyppTV minggu lalu melancarkan saluran baharu mereka LAKU Mall yang mengkhususkan pembelian barangan secara atas talian.

LAKU Mall HD (Saluran 123) boleh ditonton oleh pelanggan HyppTV menerusi set top box dan juga melalui aplikasi HyppTV Everywhere. LAKU Mall adalah kolaborasi antara HyppTV bersama Mangkin Prestij dan M Tanochi Home Shoppping.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selari dengan kempen #tambahlagi HyppTV sempena ramadhan, memang banyak produk-produk untuk persiapan hari raya akan ditawarkan di LAKU Mall HD nanti. Pelbagai produk akan ditawarkan dari kategori rumah dan kediaman, dapur, kecantikan, fesyen bayi dan kanak-kanak dan banyak lagi.

https://www.instagram.com/p/BUMbaZllCLV/?taken-by=lakumall

LAKU Mall akan bertayang 24 jam sehari dan anda boleh buat tempahan bila-bila masa sahaja. Kalau tengok ketika waktu tengah malam pun anda boleh turut membuat pesanan.

Anda juga akan dihiburkan dengan telatah hos LAKU Mall; Azza Elite, Dynas Mokhtar dan Iskandar Ng di mana mereka akan buat demonstrasi masakan, produk dan banyak lagi. Bagi yang melanggan Unifi, bolehlah tonton kalau-kalau nak hadiahkan produk masakan untuk emak di kampung atau set kecantikan untuk keluarga tersayang. Selamat membeli belah!