Seorang penceramah bebas berusia 61 tahun telah ditahan pihak polis selepas didakwa terlibat dalam kes amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu.

Menurut laporan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata kejadian tersebut didakwa berlaku pada Mac yang lalu dan mangsa ketika itu berusia lima tahun telah mengikuti keluarganya menyertai program yang dianjurkan oleh suspek di rumah bot tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Suspek dipercayai telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sebelum kanak-kanak tersebut menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya sejurus pulang daripada program berkenaan.

Difahamkan mangsa merupakan anak kepada rakannya sendiri. Bukan itu sahaja, mereka telah membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya dan suspek kini direman selama dua hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Patut Duduk Rumah’- Netizen Kecam Wanita Hamil Terjatuh Ketika Mahu Sertai Cabaran YouTuber Bernilai RM10,000

Dimarah Hanya Kerana Utamakan Wanita Mengandung, Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Biadab

Wanita Dari Selangor Mahu Pulangkan Perisai Antik Berusia 300 Tahun Kepada Sultan Brunei

Sumber