Seronoknya lihat rakan-rakan travel ke luar negara. Lagi-lagi ke dua destinasi ini; Gold Coast di Australia dan Busan di Korea Selatan.

Dengar kata sejak perjalanan ke luar negara dipermudah, dua destinasi ini yang banyak jadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Jadi, apa yang seronoknya dua tempat ini?

Trip To Busan, destinasi yang pastinya tidak ‘bosan’

Kredit gambar: Go Guides

Bagi kaki travel, pasti kaki dah rasa ‘gatal’ untuk pergi jalan-jalan kembali. Lagi-lagi bila bila asyik ulang tonton siri dan filem Korea Selatan, terus rasa nak terbang ke Korea Selatan dan lihat negara yang cantik ini dengan mata sendiri. Untung-untung dapat oppa yang kacak jadi tourist guide. Saranghaeyo!

Sebab ramai yang mungkin kenal Busan menerusi filem Train To Busan, sebenarnya tiada zombi di sana tetapi Busan adalah sebuah destinasi yang indah dan unik untuk anda lawati. Busan terkenal sebagai bandar dengan pantai dan nature yang cantik; disebabkan itu ia menjadi salah satu bandar tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga banyak muzium, gunung, taman negara dan banyak lagi tempat tarikan pelancong di Busan untuk anda lawati. Ditambah lagi Busan juga penuh dengan kedai kopi cantik yang Instagrammable untuk anda chill di sana; dengan ia berada di tepi laut, bertambah berseri gambar anda nanti.

Di sini anda boleh belajar dan rasai sendiri budaya rakyat Korea Selatan di samping anda ‘cuci mata’ dengan keindahan alam semula jadi di Busan.

Gold Coast, bandar menawan untuk sesi ‘healing’

Gold Coast pun salah satu lagi destinasi wajib pergi bagi rakyat Malaysia. Pantainya yang sangat cantik memang jadi dambaan ramai. Jika tidak, tidaklah ia dikenali sebagai ‘Surfers Paradise’.

Di sinilah tempat untuk anda belajar surfing atau kalau anda hendak bertenang-tenang sahaja, boleh berhenti minum atau lepak di pantainya untuk lihat matahari terbenam di sana. Ia bakal jadi pemandangan indah yang tidak dapat anda lupakan.

Jika anda cari lokasi percutian yang mudah dapat makananan halal, Gold Coast adalah jawapannya. Disebabkan ramai komuniti Melayu di sini, mencari restoran yang halal bukan satu kesukaran di sini. Untuk anda yang kaki shopping pula, Pacific Fair Shopping Centre dan Harbour Town Premium Outlets menanti kedatangan anda. Anda hanya perlu sediakan duit lebih sahaja untuk ke sini nanti.

Percutian lebih indah dan berbaloi bila AirAsia X kembali terbang ke Busan dan Gold Coast; RM799 ke Gold Coast dan RM539 ke Busan!

Percutian anda ke dua destinasi ini bakal jadi kenyataan kerana AirAsia X bakal terbangkan anda dengan tiket one-way bermula RM799 untuk Gold Coast dan RM539 untuk Busan!

Jika anda sudah baca sehingga ke perenggan ini, maksudnya ia adalah tanda-tanda bahawa anda sudah mendapat ‘panggilan’ untuk keluar bercuti. Mungkin berehat di tepi pantai atau duduk menikmati suasana petang yang nyaman dan tenang di Busan atau Gold Coast.

AirAsia X kini sedang mempromosikan penerbangan ke Busan pada harga serendah RM539 dan tempoh perjalanan pula adalah dari 3 Februari hingga 28 Oktober 2023.

Bagi destinasi Gold Cost pula, anda akan menikmati harga serendah RM799 dan tempoh perjalanan adalah dari 15 Februari hingga 28 Oktober 2023.

AirAsia X akan terbang sebanyak tiga kali dalam seminggu untuk ke dua-dua destinasi ini. Dan anda, boleh membuat tempahan tiket dari sekarang sehingga 18 Disember 2022.

Mungkin Busan atau Gold Coast akan menjadi tempat pertama yang anda belajar bahawa wujud dunia yang berbeza di luar sana. Tempah segera perjalanan anda atau lawat terus ke laman sesawang AirAsia untuk info lanjut.

P/S: Untuk memudahkan anda menempah tiket, jangan lupa untuk muat turun aplikasi airasia Super App di peranti Apple dan juga Android. Selamat bercuti!