Acrophobia adalah sejenis penyakit takut dengan tempat tinggi, bahasa mudah biasanya kita sebut sebagai gayat!. Jika anda selalu mengelak dari berada di tempat-tempat tinggi, anda mungkin berhadapan dengan penyakit ini.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Cara terbaik untuk menghilangkan semua jenis penyakit ‘takut’ ini adalah berhadapan dengannya. Buat yang memang jenis takut dengan ketinggian, kami cadangkan anda untuk berjalan di laluan kaca ini sebagai penawar.

laluankacachina

Laluan kaca yang kami maksudkan ini terletak di pergunungan Tianmen Zhangjiajie National Forest Park, di Hunan, China. Daerah yang sama di mana terletaknya jambatan kaca paling tinggi dan terpanjang di dunia.

Baca juga: Jambatan Kaca Paling Tinggi Dan Terpanjang Di Dunia Kini Dibuka Kepada Umum

Laluan ini juga dikenali sebagai Coiling Dragon Cliff skywalk. Berada pada ketinggian 4,600 ft bersamaan 1403 meter, ini memang cukup mengujakan.

Laluan ini bakal menghadiahkan anda 2 jenis ketakut, yang pertama adalah takut pada ketinggian dan yang ke dua adalah takut jika kaca ini pecah. Laluan sepanjang 100 meter ini perupakan satu pengalaman yang cukup mencabar dan tidak patut dilepaskan jika berkunjung ke China.

Sebagai ganjaran, laluan ini akan menyajikan permandangan yang cukup indah buat anda. Lihat panorama keindahan di sekitar kawasan pergunungan Tianmen dari kaca mata anda sendiri.

jambatankacachina22

jambatankacachina2

jambatankacachina

jambatankaca

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group