Sebelum wujudnya laluan udara, untuk ke tanah suci ia merupakan satu perjalanan yang cukup mencabar dan memakan masa yang sangat panjang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, pada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah, satu rancangan untuk mewujudkan laluan keretapi telah dibuat. Laluan keretapi ini terbentang antara Damsyik (Syria) ke Amman (Jordan) sehinggalah sampai ke Madinah (Arab Saudi).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

keretapi hijaz

Landasan keretapi ini digelar sebagai Landasan Keretapi Hijaz. Landasan keretapi ini juga merupakan sebahagian daripada landasan yang akan menghubungkan di antara Istanbul (Turki) ke Haifa (Palestin).

Secara langsung laluan ini mampu menghubungkan perjalanan dari sejauh Istanbul hingga ke Mekah. Ini merupakan satu kemudahan yang sangat relatif dan selesa untuk para jemaah yang ingin menunaikan haji pada masa itu.

Pakar menganggarkan perjalanan dari Istanbul ke Mekah hanya memakan masa selama 5 hari sahaja. Dalam masa yang sama, rancangan ini adalah sebagai cara untuk menyatukan ke semua wilayah di bawah pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pada zaman itu.

Peta laluan dari Damsyik ke Mekah.

Pembangunan landasan keretapi ini sudah dilakukan sejak tahun 1804 masihi namun benar-benar direalisasikan adalah pada tahun 1908, ketika itu sempadan garisan arbitrari belum wujud lagi dimana semua orang bebas mengembara tanpa memerlukan sebarang pasport atau visa.

Landasan keretapi ini juga direkabentuk bagi mengukuhkan empayar ketenteraan dan kawalan ke atas semua semenanjung Arab. Secara rasminya, laluan keretapi ini dibuka pada tahun 1913 dengan menjadikan Damsyik sebagai perhentian yang pertama.

Ia menjadi laluan utama yang digunakan oleh para jemaah haji, pegawai kerajaan, ahli-ahli perdagangan dan juga orang awam pada masa itu. Namun landasan keretapi menuju ke Mekah tidak dapat disiapkan sepenuhnya disebabkan cetusan perang dunia pertama.

madinah_opening

Semasa berlakunya pemberontakan, orang Arab yang bersekutu dengan British telah mengebom sebahagian dari landasan ini, ia merupakan punca utama kenapa pembangunan landasan ini terhenti.

Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyyah, akhirnya laluan keretapi Hijaz ini berhenti dari beroperasi sepenuhnya. Apa yang lebih menyedihkan, hasrat untuk memudahkan laluan kepada jemaah haji akhirnya dimusnahkan.

Stesen perhentian yang kini sudah diubah menjadi muzium
Gambar ketika jemaah sedang merebus air
hijaz-train-cabin
Rekabentuk dalaman kabin keretapi Hijaz
penumpang
Gambar penumpang ketika keretapi ini masih beroperasi
amman
Stesen perhentian Amman, Jordan.
damascus
Stesen perhentian Damsyik, Syria
haifa
Stesen perhentian di Haifa, Palestin
Semasa pemberontak arab yang diketuai oleh Faisal Bin Hussein
Landasan keretapi yang boleh ditemui di padang pasir Arab
Sebahagian dari keretapi yang dijumpai

Mungkin pada suatu hari nanti landasan keretapi Hijaz ini berjaya dihidupkan semula dan menghubungkan semua ummah di seluruh rantau itu.

Laluan keretapi yang akan menjadi idaman pengembara muslim dari seluruh dunia. Namun jika dilihat kepada situasi semasa di rantau Timur Tengah yang bergolak pada ketika ini, sukar rasanya untuk ia direalisasikan kembali.

Sumber