Penerbangan laluan terus Kuching-Brunei kini kembali dan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat penerbangan negara tersebut, Royal Brunei. Penerbangan pertama setelah 5 tahun tersebut telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 28 Disember lalu.

Penerbangan tersebut telah disertai oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Setiausaha tetap kementerian tersebut, Hii Chang Kee. Menurut laporan Borneo Post, kekerapan penerbangan laluan tersebut akan bertambah sebanyak 4 kali dalam seminggu menjelang bulan Februari depan dan dikelolakan sepenuhnya oleh pesawat RB A320.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
WhatsApp-Image-2017-12-16-at-10.08.55
Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Hii Chang Kee Sumber: TheBorneoPost

Perjalanan laluan tersebut akan mengambil masa selama 15 minit sahaja. Sepanjang perjalanan penumpang akan berkesempatan untuk menikmati pemandangan laluan kepulauan Borneo sepanjang laluan Kuching-Brunei.

Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, pembukaan kembali laluan ini akan memberi peluang kepada pelancong dari luar untuk meneroka kedua-dua buah lokasi tersebut.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.