Menurut laporan OAG Aviation Group laluan udara Kuala Lumpur-Singapura merupakan laluan antarabanga tersibuk di dunia dengan rekod 30,537 penerbangan setahun. Purata sebanyak 84 penerbangan dalam sehari berjaya menewaskan laluan Hong Kong-Taipei ke tangga ke-2 sebanyak 28,887 penerbangan dan laluan Jakarta-Singapura pada tangga ke-3 dengan 27,304 penerbangan.

Penerbangan laluan Kuala Lumpur-Singapura disumbangkan oleh 7 syarikat penerbangan termasuk syarikat penerbangan tambang rendah seperti AirAsia, Scoot, Jetstar, Malindo Air dan tidak ketinggalan syarikat penerbangan milik kedua-dua negara; Malaysia Airlines dan Singapore Airlines.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Laluan Kuala Lumpur-Jakarta turut berjaya tersenarai pada tangga ke-5 dalam carta laluan anatarabangsa tersibuk di dunia dengan 19,849 penerbangan.