Bermula sebagai sebuah syarikat kecil, syarikat AirAsia berjaya menjadi sebuah syarikat mega dengan pengenalan anak-anak syarikat dibawah kendalian mereka. Menawarkan penerbangan dengan harga yang rendah beserta rangkaian hotel antara yang membuatkan AirAsia terus berkembang.

Terbaru, melalui perancangan terbaru pengarah kumpulan AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan laman AirAsia.com bakal ditubuhkan sebagai syarikat tersendiri. Langkah ini dibuat bagi membolehkan pengurusan dibuat dengan lebih efisien dalam menguruskan akses teknologi laman berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/tonyfernandes/status/1112893220956954624

Ulasnya lagi, laman tersebut bakal menawarkan bukan sahaja tiket penerbangan malah bercadang untuk menawarkan pelan pelancongan terbaik buat para pengguna sepertimana Traveloka.

Difahamkan kini pretasi AirAsia turut berada dalam landasan yang baik bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara rantau Asia Tenggara melibatkan Thailand dan Indonesia.