Mulai hadir dengan ura-ura nampaknya Apple semakin hampir dalam melancarkan iPhone dan iPad baharu. Jika sebelum ini berita mengenai iPhone 9 dengan harga di bawah RM2,000 antara yang membuatkan orang ramai tidak sabar memilikinya, kehadiran iPad Pro ini juga tidak kurang hebatnya.

Di saat orang ramai berteka-teki mengenai kehadiran iPad baharu, Apple China dikatakan ‘tidak sengaja’ menyenaraikan empat buah model iPad baharu di laman web mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan model yang tertiris, difahamkan model iPad Pro baharu bakal hadir dengan dua saiz berbeza iaitu 11-inci dan 12.9-inci. Seperti model-model sebelum ini, iPad bakal hadir dengan pilihan Wi-Fi dan Wi-Fi bersama selular.

iPad-Pro-camera-iPhone-12-camera
Sumber: Wccftech

Spesifikasi yang bakal disertakan pada iPad baharu ini masih belum dikongsikan setakat ini. Walau bagaimanapun kehadiran tiga kamera seakan iPhone 11 Pro bersama kamera TOF 3D antara yang membuatkan orang ramai teruja. Sama-sama kita nantikan rekaan dan spesifikasi bersama harga dua produk Apple yang dinantikan ramai ini.

Untuk pengetahuan, Apple dijangka bakal memperkenalkan model terbaru iPhone dan iPad pada 31 Mac ini walau bagaimanapun terpaksa ditangguhkan berikutan wabak COVID-19. 

Pelancaran Apple iPhone 9 Ditangguhkan Berikutan Wabak COVID-19

Apple Dijangka Perkenalkan iPhone 9 Plus Dengan Harga Mampu Milik