Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada bulan lalu, siri The Queen’s Gambit menerusi platform Netflix berjaya mencipta fenomena di kalangan penonton. Pelakon, plot dan sinematografi yang serba lengkap membuatkan siri ini dipuji ramai serta mengumpul jumlah penonton yang tinggi dalam tempoh yang singkat.

Mengisahkan mengenai seorang gadis yang berminat untuk bermain catur sejak berusia 8 tahun, siri ini secara tidak langsung turut mengajak penonton memahami permainan catur dengan lebih mendalam dan kompleks.

queen-s-gambit-1603444384

Menariknya, kurang daripada sebulan siri ini dilancarkan, sebuah laman catur ini bijak mengambil peluang dengan menyertakan Beth Harmon selaku watak utama siri ini sebagai watak untuk dipilih bertarung oleh orang ramai.

Anda berpeluang memilih bertarung bersama Beth Harmon mengikut umur yang berbeza bermula daripada 8 tahun,9 tahun,10,15,17,20 dan juga 22 tahun di mana beliau berada di peringkat kematangan tertinggi serta menjadi juara catur dunia mengikut siri The Queen’s Gambit.

Beth

Apa tunggu lagi? Buat peminat sukan catur di luar sana, inilah masanya untuk anda menguji kehebatan anda bersama Beth Harmon. Ketahui juga pada usia berapakah anda mampu kalahkan dan dikalahkan Beth Harmon.

Sememangnya sebuah idea yang kreatif daripada laman ini untuk menyertakan watak catur paling popular ketika ini. Anda boleh klik di sini untuk bermain catur bersama Beth Harmon. Selamat mencuba!

Ketahui juga kisah pengorbanan besar seorang bapa demi melahirkan legenda catur muda.

Kisah Pengorbanan Besar Seorang Bapa Demi Melahirkan Lagenda Catur Muda

Pelajar Malaysia Jaguh Catur Asia Tenggara Dalam Dua Kategori Kejohanan

 

Anda Mungkin Suka