Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dalam laman Facebook rasminya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan peminat sukan bola keranjang kerana ‘kesilapan teknikal’ imej Jalur Gemilang pada skrin ketika upacara pembukaan Piala Lum Mun Chak MABA, semalam.

MABA dalam kenyataan di Facebook berkata, krew siaran langsung tersilap memaparkan bendera yang salah pada skrin besar ketika upacara itu. “Kami minta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesilapan ini,” penjelasan MABA di laman Facebook mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Netizen rata-ratanya tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut kerana kesilapan seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Netizen turut meluahkan rasa kecewa mereka di ruangan komen kenyataan tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia, sejak tadika lagi kita diajar untuk mengenali serta melukis bendera Malaysia. Jika anda buat carian di Google sekalipun, tidak akan muncul Jalur Gemilang dengan 5 bucu ini.

Pada masa sama, MABA menegaskan kesungguhan mereka untuk membangunkan sukan bola keranjang di Malaysia. Ia sesuatu yang memalukan apabila kesalahan sebegini berlaku untuk satu acara berskala besar. Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang.

Berbeza dengan penduduk Gaza, mereka ‘kenal’ bendera Malaysia dan mengibarnya di Padang Yarmouk sebagai tanda terima kasih kerajaan Malaysia yang sentiasa teguh berdiri mempertahankan Palestin.

Bendera Malaysia Berkibar Di Gaza Selepas Halang Atlet Israel Masuki Negara

Perlukah Kita Malu Sekiranya Warga Asing Lebih Tahu Tentang Malaysia?