Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Satu sidang media telah dibuat semalam oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bagi mengumumkan penangkapan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk antara tiga yang ditahan dipercayai terbabit penipuan pelaburan tidak wujud dengan nilai rampasan berjumlah RM 4.6 juta dalam serbuan di Taman Sri Kluang, Kluang, Selasa lalu.

Berdasarkan laporan Harian Metro, siasatan awal mendapati sindiket itu disyaki memperdayakan orang ramai untuk melabur dalam urus niaga tukaran mata wang asing dan mata wang kripto dengan menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh masa yang singkat.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

“Sepasukan polis dari Task Force Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah teres dua tingkat itu, kemudiannya menemui wang tunai dan pelbagai barangan antaranya 10 jam tangan mewah bernilai RM250,000, 16 kad kredit dan debit pelbagai bank, 22 kepingan emas bernilai RM45,000 dan enam telefon bimbit pelbagai jenama.

Kenderaan jenama Mercedes Benz, Range Rover dan wang tunai berjumlah RM2.17 juta serta wang kertas negara asing dianggarkan berjumlah RM1.4 juta turut dirampas dalam serbuan yang dijalankan.

FOREX | Lelaki Bergelar Datuk Terbabit Penipuan Forex

FOREX | Lelaki Bergelar Datuk Terbabit Penipuan Forex Seorang lelaki berpangkat Datuk antara tiga individu yang diberkas polis johor, kerana disyaki menjadi dalang kegiatan pelaburan pertukaran mata wang asing, Forex dan Krypto di Kluang, Selasa lalu.

Posted by Buletin TV3 on Thursday, November 26, 2020

Posted by Polis Johor on Thursday, November 26, 2020

Namun, mata netizen tertumpu kepada satu kasut sneakers yang turut dirampas iaitu model Nike Air Jordan 1 Low x Dior. Untuk pengetahuan anda, model ini dikira rare kerana dihasilkan dalam kuantiti yang terhad dan harga pasaran untuk kasut ini adalah sekitar RM20,000-RM35,000 bergantung kepada saiz.

stock x

Harga pasaran model ini di laman StockX

Maka gambar yang dikongsi oleh laman Facebook Polis Johor ini terus mendapat perhatian dan menjadi ‘medan bida’ peminat kasut. Netizen berpendapat bila anda seorang scammer, kasut seperti ini adalah sesuatu yang mereka boleh beli dengan mudah menggunakan wang mangsa yang ditipu.

Peka dengan populariti gambar tersebut, akaun Facebook rasmi Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut sama memeriahkan ruangan komen di gambar tersebut dan berkata kasut berkenaan adalah barang kes dan bukan untuk dijual.

komen dato

Respons Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika kasut ini ‘dibida’ oleh netizen

“TAMAT sebab barang kes bukan untuk dijual,” tulisnya. Walaupun komen yang dibuat simple, tetapi ia sudah cukup untuk menegaskan kasut berkenaan walau ditawarkan dengan tawaran yang lumayan, ia tidak akan dijual.

Berbalik kepada kes serbuan ini, kesemua suspek berusia 27 hingga 40 tahun direman tiga hari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak melebihi sepuluh tahun, dengan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.

“Siasatan masih di peringkat awal. Kita perlukan masa untuk menyemak dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sebagainya. Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa yang singkat,” ujar Ayob Khan.

Kami pernah unboxing kasut Nike Air Jordan 1 x Dior sebelum ini dan anda melihatnya di sini.

Vocket Review: Kasut Nike Air Jordan 1 Dior Yang Sama Harga Dengan Sebuah Kereta

Dior Dan Vespa Jalin Kerjasama Hasilkan Model 946 Edisi Terhad

DS Ismail Sabri Akui ‘Tergelak Besar’ Selepas Barang Perhiasan Rumah Dibida Netizen

Anda Mungkin Suka