Sepanjang hidup anda, kami yakin ramai yang pernah mengalami masalah untuk mencari tempat makan yang menarik. Sekiranya anda seorang pelajar, persoalan ini sudah menjadi persoalan wajib setiap kali ingin keluar bersama rakan-rakan anda.

Melihat kepada permasalahan ini yang kerap berlaku buat majoriti individu, pembangun Omakase telah membangunkan sebuah laman web yang dinamakan sebagai ‘wtfsigte‘ untuk mencadangkan tempat makan yang menarik khusus buat anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2018-04-23 at 8.14.52 PM

Lebih menarik, laman ini ditawarkan dengan gaya yan sangat simple dan minimalis. Masuk sahaja ke laman web ini, laman ini akan meminta keizinan untuk mebaca lokasi anda.

Seterusnya restoran atau kafe berdekatan bakal dicadangkan. Terbaik bukan? Mungkin ini solusi yang sudah lama anda bersama rakan nantikan selama ini.

Screen Shot 2018-04-23 at 8.13.06 PM
Pengguna turut berpeluang memilih lokasi lain untuk sesi foodhunting

Laman ini turut ditawarkan secara aplikasi khusus buat Android dan iOS. Berdasarkan percubaan kami kedua-dua aplikasi ini masih boleh bersedia untuk diakses setakat ini. Anda boleh klik di sini untuk melayari laman web wtfsigte ini.