Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Model Perodua Myvi merupakan antara model paling laris di Malaysia dan disebabkan itu anda pasti kerap berselish atau nampak model ini di jalanan.

Tidak semua pemilik kenderaan berhemah di jalan raya dan pemilik kenderaan Myvi juga tidak terkecuali. Satu laman Faceboook dengan nama Myvi Buat Hal Apa Hari ini?™️ telah dibuat untuk berkongsi gelagat pemilik Perodua Myvi di Malaysia.

Walaupun baru dibentuk pada 30 Oktober yang lalu, kumpulan ini sudah mempunyai lebih 46,000 ahli. Rata-rata mereka berkongsikan ‘kehebatan’ Perodua Myvi yang serba boleh di jalanan.

“Tujuan penubuhan group ini adalah untuk mengumpul segala gelagat serta kelakuan ‘King Myvi’ sama ada positif atau negatif di jalan raya, perairan atau di mana-mana saja yang King boleh lakukan,” penerangan ringkas untuk kumpulan Myvi Buat Hal Apa Hari ini?™️.

Perkongsian

Antara perkongsian di Myvi Buat Hal Apa Hari ini?™️

Walaupun kumpulan ini merupakan akaun parodi untuk pengguna Myvi, tetapi ia tidak menghalang pemilik kenderaan Myvi untuk sama-sama memeriahkan kumpulan berkenaan.

Sekiranya ada pertanyaan serius diajukan di group ini terutamanya berkaitan kemalangan, rata-rata akan bersikap profesional dan memberi pandangan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sekiranya anda mahu hiburan ringan yang dikhaskan untuk King Myvi, anda boleh sertai kumpulan ini di sini. Anda sendiri ada atau tidak kisah suka atau duka dengan model ini?

Ini pula beberapa insiden lain yang melibatkan Perodua Myvi. Baca lagi di sini.

Diekori Myvi Elak Bayar Tol, Lelaki Ini Kongsi Detik-Detik Sebelum Kejadian Di LPT

Dibantu ‘Bodyguard’ Dan Dilarikan Dengan Kereta Myvi, Persoalan Suspek Macau Scam Lolos Terjawab

Terakam Di Kamera ‘Dashboard’, Myvi Putih Terbang Selepas Langgar Kereta Menunggu Lampu Isyarat

Anda Mungkin Suka