Nota Editor: Artikel dan gambar-gambar ini asalnya diterbitkan di blog peribadi Azuan Zahdi, seorang peminat dunia aviasi yang meminati segala-galanya tentang kapal terbang, lapangan terbang, melancong, fotografi, Harimau Malaya dan makanan! Azuan Zahdi dengan baik hatinya telah membenarkan kami menerbitkan semula artikel ini di laman kami. Kami telah mengalih bahasa dan mengubah suai konten artikel untuk disesuaikan dengan The Vocket. Semoga anda terhibur.


Street art atau seni jalanan, bukanlah sesuatu yang kita selalu jumpa di Malaysia. Lazimnya seni jalanan lebih sinonim dengan bandar Ipoh dan Pulau Pinang. Kini, seni jalanan lebih hampir dengan warga Lembah Klang dengan terciptanya Laman Seni di Shah Alam pada tahun 2013.

Laman Seni terletak di 2 tempat, iaitu di Seksyen 2 dan Seksyen 7, Shah Alam.

1) Laman Seni Seksyen 2

Hasil kerja seni di laman ini adalah dekat di hati warga Seksyen 2 Shah Alam. ‘Pelajar’, ‘7-Eleven’, ‘Sekolah Seksyen 2’, ‘UiTM’, ‘Fotostat’, ‘Bas Mini’, ‘Kedai Maria’, ‘Bangle Seksyen 2’, ‘Ais Kacang’ dan ‘Awek’ adalah di antara unsur-unsur yang diketengahkan, dan ia juga merupakan ciri-ciri Seksyen 2 Shah Alam yang unik dan dikenali oleh penduduk tempatan.

Terletak di lorong belakang 7-Eleven seksyen 2, Laman Seni Shah Alam di sini agak kecil dan anda boleh habis mengamatinya dalam masa kurang dari 5 minit.

Projek transformasi lorong belakang ini adalah projek kerjasama di antara Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Bank Muamalat dan pelajar-pelajar universiti sebagai sebahagian dari program Zon Bersih. Dikenali sebagai ‘THE STREET ART PROJECT NO 0.2’ objektif utama projek ini adalah sebagai penghargaan kepada penduduk setempat Shah Alam.

Bank Muamalat sebagai salah satu penaja utama projek ini juga menerima penghargaan dalam bentuk mural.

Mural ‘Shah Alam’ menampilkan mercu tanda Shah Alam – Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dan mural warga Shah Alam yang cintakan kebersihan.

Bandar Shah Alam bandar hijau.

Mural yang dramatik dan penuh dengan warna-warni.

‘Maria’, ‘Meden Selera’ dan ‘7-Eleven’. Kemungkinan besar anda pernah ke tempat ini sekiranya anda belajar di Shah Alam.

Mural ‘Kedai Gambar’ dengan gulungan filem zaman 90’an.

Mural 3D yang dekat di hati semua rakyat Malaysia – Sekolah!

Siap dengan gantung beg lagi.

Jadual harian, siapa sapu lantai dan lap tingkap hari ni?

Habislah lambat, cikgu disiplin dah tunggu.

Pin pin! Bas mini klasik tu. Walaupun bas mini telah lama memberhentikan perkhidmatan di Kuala Lumpur, ia masih beroperasi di Shah Alam. Lihatlah tingkap asal bangunan yang digunakan sebagai salah satu elemen lukisan.

Datanglah berdua (atau lebih) atau anda terpaksa selfie di sini!

Ada sesiapa nak Slurpee?

Ini mungkin peluncur Wet World.

Tunggu sambungan artikel iaitu tentang Laman Seni Seksyen 7 selepas ini!

BACA: Street Art Ini Hanya Wujud Selepas Hujan Turun

Like page The Vocket di Facebook.