Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru-baru ini muncul beberapa berita yang mendakwa segelintir individu sebenarnya menggunakan gelaran Datuk palsu. Hal ini telah meraih perhatian ramai orang dan untuk pengetahuan anda, individu yang didapati bersalah menggunakan gelaran Datuk palsu ini boleh didenda RM2,500.

Artikel Berkaitan:

Lantaran itu, ada pengguna Facebook telah mendedahkan wujudnya laman sesawang palsu penganugerahan gelaran Datuk sekaligus menguatkan dakwaan banyak individu yang menggunakan perkhidmatan untuk mendapatkan gelaran Datuk palsu.

Untuk pengetahuan anda, anda boleh menyemak gelaran Datuk itu tulen di laman sesawang rasmi istiadat di sini. Malah, jika nama individu terbabit ada dalam dua laman sesawang ini iaitu www.pingatistiadatgov.org dan www.pahangsuk.com maka ia adalah gelaran Datuk palsu.

Sekadar makluman, laman sesawang kerajaan tidak menggunakan domain ‘.com’ dan ‘.org’. Malah, surat watikah, kad dan juga gambar turut boleh dibuat secara palsu walaupun mereka mendakwa ia asli.

Jika anda tertanya-tanya sama ada individu itu mempunyai gelaran Datuk yang sah, anda bolehlah siasat dengan semak di laman sesawang rasmi. Barulah tidak tertipu.