Setiap orang mempunyai harapan besar untuk melihat anaknya membesar dan berjaya di hadapan matanya. Tiada siapa yang mahukan sebaliknya.

Namun, hajat seorang ayah untuk sentiasa berada di sisi anaknya ketika susah dan senang nampaknya tidak kesampaian buat Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, pembantu juruterbang pertama yang telah terkorban di dalam nahas pesawat MH17. Apatah lagi, kata-kata terakhir arwah kepada isterinya adalah betapa dia begitu merindui anaknya itu. Jelas terpancar kasih sayang tidak terhingga seorang ayah buat si anak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bertambah sebak dan sayu hati setiap insan tatkala melihat anak tunggal allahyarham yang dibawa masuk sewaktu sesi solat jenazah sebentar tadi di ruang utama Masjid Putra, Putrajaya. Anak kecil itu seumpama faham akan situasi yang sedang berlaku dan dia hanya diam memerhati upacara solat jenazah yang berlangsung. Mungkin jauh di sanubarinya, Abderrahman yang berusia 9 bulan ini tahu, bahawa inilah detik terakhir antara dirinya dan ayahnya di muka dunia ini.

Berikut adalah gambar-gambar Abderrahman yang sempat dirakam pagi tadi.

  
  

Al-Fatihah dan salam takziah untuk kesemua mangsa nahas pesawat MH17 :(